arena

Thauvin rehat hingga musim sejuk

Oleh Reuters

PEMAIN tengah Olympique de Marseille, Florian Thauvin terpaksa diketepikan hingga rehat musim sejuk susulan pembedahan buku lali, menurut kelab Ligue 1 Perancis itu, hari ini.

Pemain kebangsaan Perancis itu mengalami kecederaan hampir lima bulan lalu dan kembali ke pasukan utama namun gagal beraksi pada tahap terbaik, menurut OM dalam satu kenyataan.

“Bagi memastikannya beraksi pada tahap 100 peratus, Florian dan Olympique de Marseille memutuskan dia menjalani pembedahan kecil dalam beberapa hari lagi,” menurut kelab itu.

Marseille menghuni tangga kelapan Ligue 1 dengan tujuh mata selepas empat perlawanan.

Disiarkan pada: September 11, 2019 @ 7:18pm
d