arena

Ancelotti berang bilik persalinan 'teruk'

Oleh AFP

JURULATIH Napoli, Carlo Ancelotti berkata, dia berang dengan keadaan dalam bilik persalinan di Stadium San Paolo susulan projek ubahsuai oleh pihak berkuasa tempatan menjelang aksi pembukaan Liga Juara-Juara menentang juara bertahan, Liverpool dalam masa kurang seminggu lagi.

Kelab Serie A itu perlu beraksi dua perlawanan pertama liga di tempat lawan, Fiorentina dan juara bertahan Juventus susulan projek ubahsuai stadium itu.

"Saya kecewa melihat keadaan dalam bilik persalinan San Paolo, tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.

"Saya sakit hati dengan siapa yang menjalankan kerja-kerja ini,” kata jurulatih yang memenangi tiga kali Liga Juara-Juara itu.

Napoli yang menamatkan kedudukan di belakang Juve musim lalu dengan 11 mata menerima kunjungan Sampdoria dalam aksi liga pada Sabtu ini dan Liverpool tiga hari kemudian.

Ancelotti, 60, mempersoalkan sama ada proses ubah suai itu dapat disiapkan sebelum Sabtu ini dan Selasa depan.

Bagaimanapun, pengarah renovasi di stadium itu, Filomena Smiraglia berkata, kerja-kerja itu mampu disiapkan esok.

Disiarkan pada: September 12, 2019 @ 8:09am
d