arena

'Eriksen OK je'

Oleh AFP

MAURICIO Pochettino menegaskan Christian Eriksen gembira untuk terus bersama Tottenham meskipun pemain tengah Denmark itu gagal meninggalkan kelab itu pada jendela perpindahan.

Eriksen mengakui musim lalu bahawa dia berminat mencari cabaran baharu, membayangkan minatnya untuk ke Real Madrid, Barcelona atau Manchester United.

Pengendali Tottenham Pochettino mendedahkan beberapa kali beliau tidak pasti mengenai masa depan Eriksen dan jurulatih Argentina itu memilih untuk meminggirkan pengatur serangan itu daripada kesebelasan utama pada minggu-minggu terawal musim ini.

Namun apabila jendela perpindahan Eropah itu ditutup baru-baru ini, Eriksen kekal bersama Tottenham, biarpun memasuki tahun terakhir kontraknya dengan kelab Liga Perdana Inggeris itu.

Ditanya mengenai mood Eriksen ketika ini, Pochettino berkata: “Dia gembira. Dia sentiasa gembira. Dia tidak pernah berkata dia tidak gembira di sini.

“Semua orang sudah tentu mempunyai sasaran, matlamat dan cabaran. Saya beritahu anda sebelum perlawanan menentang Arsenal bahawa dia mampu berfikir dengan baik dan sebab itulah saya menurunkannya.

“Dia sentiasa menjadi pemain penting bagi kami. Dalam musim keenam kami, kami amat menghargainya.

“Kualitinya masih ada dan penting untuk pasukan. Dia gembira dan jika kami percaya dia patut bermain makan dia akan bermain.”

Disiarkan pada: September 13, 2019 @ 1:58am
d