arena

Wolfsburg sekadar seri di Dusseldorf

Oleh Reuters

VFL Wolfsburg seri 1-1 di Fortuna Dusseldorf awal pagi tadi, sekali gus mensia-siakan peluang untuk mendahului carta Bundesliga Jerman buat seketika.

Jaringan menakjubkan Nico Giesselman dari sudut sukar meletakkan tuan rumah di depan pada minit ke-17.

Wout Weghorst kemudian melengkapkan satu gerakan tersusun Wolves 12 minit kemudian untuk menyamakan kedudukan namun mereka jarang mencipta peluang pada babak kedua.

Mereka kini di tangga kedua dengan lapan mata.

Hari ini pendahulu RB Leipzig, dengan sembilan mata, menanti kunjungan juara Bayern Munich, yang ketinggalan dua mata di belakang. Pasukan tangga kelima Borussia Dortmund berdepan Bayer Leverkusen.

Disiarkan pada: September 14, 2019 @ 8:05am
d