arena

De Gea setia bersama United

Oleh AFP

DAVID de Gea menandatangani kontrak jangka panjang dengan Manchester United, umum kelab Liga Perdana Inggeris itu hari ini, menamatkan spekulasi mengenai masa depannya.

Penjanga gol berusia 28 tahun itu yang sekian lama dikaitkan dengan kepulangannya ke Sepanyol bersama Real Madrid atas beberapa sebab, menandatangani kontrak baharu selama empat tahun.

“David de Gea menandatangani kontrak baharu jangka panjang dengan Manchester United dan akan berada di kelab ini sekurang-kurangnya sehingga 2023,” kata United menerusi laman web rasmi mereka.

“Terdapat pilihan untuk melanjutkannya setahun lagi.”

Bekas pengurus United Alex Ferguson membeli De Gea dari Atletico Madrid pada 2012 dengan nilai £18.9 juta (RM98 juta) dan membuat 367 penampilan bersama kelab itu sehingga kini.

“Satu keistimewaan dapat berada di kelab hebat ini selama lapan tahun dan peluang meneruskan karier saya di Manchester United adalah satu penghormatan,” kata penjaga gol itu.

“Sejak saya tiba di ini, saya tidak menyangka dapat bermain lebih 350 perlawanan bersama kelab.

“Kini dengan masa depan saya sudah ditetapkan, apa yang saya mahu adalah membantu pasukan mencapai apa yang kami percaya dan menang trofi lagi bersama-sama.”

Disiarkan pada: September 16, 2019 @ 11:46pm
d