arena

Bayern tiada masalah benam Red Star

Oleh Reuters

PENYERANG Bayern Munich, Robert Lewandowski menjaringkan gol ke-200 buat kelabnya ketika menewaskan Red Star Belgrade 3-0 dalam aksi Liga Juara Juara Kumpulan B, awal pagi tadi.

Bayern mendominasi sepenuhnya perlawanan di Allianz Arena dengan Kingsley Coman meletakkan mereka di hadapan menerusi tandukan selepas mendapat hantaran cantik Ivan Perisic pada minit ke-34.

Jaringan lewat Lewandowski dan pemain gantian Thomas Mueller yang melakukan penampilan ke-106 melengkapkan kemenangan tuan rumah sekali gus menceriakan penyokong mereka.

Bayern yang kini tidak kalah 16 perlawanan peringkat kumpulan terlepas banyak peluang dan tiga kali percubaan terkena palang sementara lawan dari Serbia itu pula tumpul di bahagian serangan.

"Anda perlu menang aksi pertama, itu yang penting,” kata jurulatih Bayern, Niko Kovac yang pasukannya menang 16 aksi terakhir peringkat kumpulan berturut-turut.

"Ya, kami sepatutnya menjaringkan lebih banyak gol tetapi akhirnya tiga sahaja. Saya fikir pemain terlalu fokus. Mungkin kami hilang sedikit sentuhan terakhir.”

Dalam satu lagi aksi Kumpulan B, Olympiakos Piraeus bangkit mengikat Tottenham Hotspur 2-2 di Athens.

Disiarkan pada: September 19, 2019 @ 10:57am
d