arena

Serangan City 'menakutkan' kata Foster

Oleh Reuters

PENJAGA gol Watford, Ben Foster berkata Manchester City kini berada pada tahap ‘bermaharajalela’ setiap kali berada di depan pintu gol lawan.

Dia berkata skuad kendalian Pep Guardiola itu mampu menghasilkan 10 gol menentang pasukan lain pada perlawanan selepas ini.

Foster yang melalui pengalaman rekod jaringan City dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Etihad menyaksikan tuan rumah mencatat kemenangan 8-0 ke atas Watford, semalam.

Selepas tewas lima kali dalam tempoh 18 minit, Foster mengakui City akan terus mengasak selepas tewas mengejut kepada Norwich City pada perlawanan sebelum ini.

“Untuk mendapatkan 5-0 pada separuh masa saya pun gembira,” kata Foster kepada media Britain.

“Sebagai penjaga gol, ia satu pencapaian datang ke sini (Etihad) dapat mengekalkan satu atau dua gol.

Ada masanya, apabila mereka berada pada tahap terbaik, mereka menakjubkan.

“Mereka akan melakukannya kepada seseorang, akan terdapat sembilan atau 10 gol selepas ini,” kata Foster.

“Ada masanya mereka menakutkan. Ia seperti tidak berhenti. Anda dapat lihat mereka merobek kami dan peluang terbuka di depan mata.

Ia tidak menyeronokkan langsung. Secara jujur, ia mungkin mencapai dua angka.”

Skuad Guardiola kini menjaringkan 24 gol dalam enam perlawanan liga musim ini, tujuh di depan pendahulu Liverpool dan 20 lebih banyak berbanding Watford berada di tangga tercorot.

Disiarkan pada: September 23, 2019 @ 4:10pm
d