arena

Pogba risau sampai beli anjing rottweiler...

Oleh Agensi

PEMAIN Manchester United, Paul Pogba membeli seekor anjing pengawal berharga £15,000 (RM80,000) kerana takut menjadi sasaran peminat yang marah kepadanya.

Pemain tengah United berusia 26 tahun membeli anjing jenis rottweiler daripada firma pakar Chaperone K9.

Dia meningkatkan tahap keselamatan beberapa minggu selepas penyokong menyembur cat ‘Pogba Out’ di luar padang latihan kelab terbabit di Carrington.

Pemenang Piala Dunia bersama Perancis itu melalui hubungan hambar bersama peminat United sejak perpindahan bernilai £90 juta (RM468j) dari Juventus pada 2016.

Pada Mac lalu, pemain berusia 17 tahun Youseff Makki ditikam hingga mati berdekatan tempat tinggal pemain bintang itu di Cheshire.

Chaperone K9 yang berpangkalan di Lutterworth, Leicestershire turut membekalkan anjing kepada rakan sepasukan, Marcus Rashford dan Phil Jones.

Disiarkan pada: September 23, 2019 @ 5:15pm
d