arena

Uzbekistan pecat Hector Cuper

Oleh Reuters

HECTOR Cuper dipecat sebagai pengurus Uzbekistan hari ini menjadikan beliau jurulatih pertama yang ditamatkan tugas ketika kempen kelayakan Asia bagi Piala Dunia 2022.

Cuper dilantik pada Ogos tahun lalu dan membawa pasukan negara itu dalam kelompok 16 terakhir Piala Asia pada Januari, memimpin pasukan pada kekalahan mengejut 0-2 ke atas Palestine dalam perlawanan pembukaan bagi kelayakan final 2022 di Qatar, bulan lalu.

Persatuan Bolasepak Uzbekistan (UFA) mengumumkan dalam satu kenyataan di laman sesawang mereka bahawa pengendali dari Argentina melepaskan jawatannya bersama skuad kebangsaan itu.

Jurulatih berusia 63 tahun yang sebelum ini membantu Mesir layak pada pusingan final Piala Dunia 2018 di Russia dan mengetuai Valencia untuk penampilan berturut-turut dalam saingan final Liga Juara-Juara pada 2000 dan 2001.

Uzbekistan tidak pernah layak ke Piala Dunia, tetapi berharap kejutan pada barisan pemain sedia ada selepas negara itu menang kejohanan Bawah 23 Asia di China pada awal tahun lalu.

Negara di tengah-tengah Asia itu diundi dalam kumpulan D pada kejohanan kelayakan Asia bersama Palestine, Singapura, Yaman dan Arab Saudi.

Hanya juara kumpulan akan mengesahkan tempat ke peringkat seterusnya kelayakan, sementara empat pasukan terbaik naib juara daripada lapan kumpulan turut berpeluang mara ke peringkat seterusnya. Dari situ, empat pasukan terakhir akan mengesahkan tempat ke peringkat final kejohanan.

Perlawanan kelayakan Uzbekistan seterusnya adalah melayan kunjungan Yaman pada 10 Oktober, sebelum berkunjung ke Singapura pada perlawanan seterusnya lima hari kemudian.

Disiarkan pada: September 23, 2019 @ 7:39pm
d