arena

Valverde tak bimbang prestasi Barca

Oleh Reuters

JURULATIH Barcelona, Ernesto Valverde berkata dia tidak bimbang mengenai masa depannya di sebalik permulaan buruk buat kelab itu pada musim ini sekali gus menafikan juara Sepanyol itu berdepan krisis.

Kelab Catalans itu berada di kedudukan kelapan La Liga dengan tujuh mata daripada lima perlawanan selepas tewas 0-2 ke atas Granada semalam.

Barca gagal mencatat kemenangan dalam lapan perlawanan terakhir saingan kompetitif di luar gelanggang Camp Nou dalam semua kejohanan.

“Jurulatih sentiasa mempunyai perancangan pada setiap perlawanan, ia bukan perkara baru,” kata Valverde dalam sidang media menjelang perlawanan menentang Villarreal pada Rabu.

“Krisis? Dalam dunia bola sepak adalah seperti ini, kamu berada dalam krisis setiap tiga hari dan kamu akan terkeluar darinya dengan cara sama, itu adalah apa yang kita harus cuba dan lakukan.

“Satu-satunya cara untuk menenangkan semua perkara adalah memastikan memperolehi enam mata bagi dua perlawanan berikutnya.

“Pada tahun terdahulu kami selalunya konsisten dan mempunyai kelebihan daripada yang lain tetapi kali ini kami tidak bermula baik.”

Pemain penyerang Ousmane Dembele kembali bersama pasukan untuk berdepan Villarreal selepas mengalami kecederaan hamstring, manakala pemain tengah Ivan Rakitic terpaksa diketepikan.

“Mereka sering bertanya kepada saya mengenai mereka yang tidak berada dalam pasukan, alasannya ada pemain lain yang berada dalam pasukan,” kata Valverde, yang menyenaraikan Carles Alena.

"(Rakitic) tidak di hukum, kami mempunyai ramai pemain tengah dan ia adalah keputusan untuk perlawanan ini, kita lihat apa yang berlaku pada Sabtu.

Disiarkan pada: September 23, 2019 @ 10:17pm
d