arena

Wales belasah Georgia

Oleh AFP

JUARA enam negara, Wales memulakan kempen Ragbi Piala Dunia dengan kemenangan selesa 43-14 ke atas Georgia di Toyota City, Jepun, hari ini.

Kemenangan itu bukan hanya memberi isyarat kepada pencabar kumpulan D, Australia yang terdahulu menewaskan Fiji dalam perlawanan pembukaan mereka.

Malah menafikan sebarang keraguan mengenai kemungkinan protes daripada pemain Wales berikutan penghantaran pulang pembantu jurulatih Rob Howley yang didakwa terbabit dalam pertaruhan.

Empat percubaan licik pada separuh masa pertama oleh Jonathan Davies, Justin Tipuric, Josh Adams dan Liam Williams memastikan kedudukan selesa mengatasi Georgia.

Pasukan lawan bagaimanapun cuba bangkit di babak kedua menerusi beberapa percubaan di kawasan Wales namun gagal memperolehi merapatkan kedudukan mata.

“Ia adalah separuh masa pertama yang bagus buat kami dan kami sangat gembira pada separuh masa,” kata jurulatih Wales, Warren Gatland.

“Sedikit kekalutan pada separuh masa kedua tetapi bola agar tersasar keluar dari kedudukan dan ia agar sukar untuk di kawal. Kami berjaya memperolehi beberapa mata menerusi try menarik dan kami gembira dengan mata tambahan.”

Disiarkan pada: September 23, 2019 @ 11:02pm
d