arena

Tak pandang mudah PKNP - Fayadh

Oleh Izzali Ismail

WALAUPUN PKNP FC tidak dilabel sebagai pasukan pilihan namun pemain muda Kedah, Fayadh Zulkifli menganggap skuad itu tetap berbisa.

Pemain sayap Lang Merah itu menyatakan pasukan terbabit mampu memberi cabaran sukar kepada pasukannya menjelang suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Majlis Perbandaran Manjung (MPM) malam esok.

Menurutnya, walaupun menewaskan PKNP FC 2-0 pada awal musim namun keputusan 1-1 dicatat Kedah ketika melayan kunjungan mereka di Stadium Darul Aman pada Julai lalu membuktikan pasukan itu agak liat untuk ditewaskan.

"Kita tidak sesekali memandang mudah pada PKNP termasuk juga mana-mana cabaran dalam saingan Piala Malaysia ini kerana setiap pasukan memiliki kelebihan masing-masing dan mampu melakukan kejutan sekiranya kita mudah leka.

"Meskipun kedudukan pada Liga Super antara Kedah dan PKNP FC pada musim ini adalah jauh dari segi jurang mata, namun itu tidak bermakna mereka pasukan yang mudah kita hadapi.

"Dalam keterujaan menempuh aksi pertama saingan lapan terakhir itu di Manjung kali ini, Fayadh mahu meningkatkan lagi usaha lam membantu skuad Lang Merah membawa bekalan yang selesa ke Darul Aman.

"Kita perlu bekalan dan elak dibolosi, itu cabaran perlu dihadapi dan tidak boleh sedikitpun leka sepanjang 90 minit perlawanan”,” katanya.

Disiarkan pada: September 24, 2019 @ 5:21pm
d