arena

Barty mara separuh akhir Wuhan

Oleh AFP

ASHLEIGH Barty mara ke peringkat separuh akhir keenamnya musim ini selepas mempamerkan aksi terbaik ketika menewaskan Petra Martic di Wuhan malam tadi.

Pemain nombor satu dunia itu begitu menyerlah dalam aksi suku akhir yang menyaksikan dia meledak 39 ‘winners’ ketika menang 7-6 (8/6), 3-6, 6-3 ke atas Martic.

Barty kini berpeluang membalas dendam ke atas pemain Belarus, Aryna Sabalenka esok dalam aksi ulangan separuh akhir Wuhan tahun lalu.

Ketika menentang Martic, Barty ketinggalan pada awal set pertama dan ketiga tetapi bangkit dengan pukulan lebih kreatif dan kencang sebelum mara ke saingan empat terbaik untuk tahun ketiga berturut-turut.

"Saya fikir perlawanan ini sangat berkualiti dan mungkin salah satu aksi terbaik saya sejak kebelakangan ini,” kata juara bertahan Terbuka Perancis itu.

"Keputusan boleh jadi sebaliknya tetapi saya gembira dapat berjuang hingga ke set terakhir dan memberi tekanan kepada Petra.”

Martic pemain nombor 22 dunia dari Croatia tidak tewas tiga set sejak Mac lalu tetapi rekod 16 perlawanan itu dileburkan Barty dengan bergaya.

Sementara itu Sabalenka, juara bertahan dan pilihan kesembilan mengatasi pemain wildcard dari Kazakhstan, Elena Rybakina 6-3, 1-6, 6-1.

Disiarkan pada: September 27, 2019 @ 12:23am
d