arena

Ronaldo kembali perkasa Juventus

Oleh Agensi

JUVENTUS mengesahkan Cristiano Ronaldo boleh beraksi menentang SPAL dalam aksi Serie A malam esok.

Menurut jurucakap gergasi Itali itu, Ronaldo kembali berlatih bersama rakan sepasukan selepas tersisih menentang Brescia Rabu lalu akibat ketegangan otot susulan mengharungi tiga perlawanan dalam masa lapan hari.

Ketika ketiadaannya, Juve ketinggalan awal tetapi bangkit untuk menang 2-1 hasil jaringan sendiri Jhon Chancellor dan rembatan voli 18 meter Miralem Pjanic.

Hanya pertahanan kiri, Alex Sandro tidak menyertai sesi latihan semalam akibat masalah keluarga. Ronaldo menjaringkan dua gol dalam empat aksi liga musim ini dengan juara Serie A, Juve ketinggalan dua mata di belakang pendahulu, Inter Milan.

Disiarkan pada: September 27, 2019 @ 5:24pm
d