arena

Barcelona lawan Getafe tanpa Messi

Oleh Reuters

JURULATIH Barcelona, Ernesto Valverde berkata, dia tidak tahu bila Lionel Messi boleh kembali beraksi selepas mengalami satu lagi kecederaan menjelang kunjungan ke Getafe esok dalam misi mencari kemenangan pertama daripada lapan perlawanan dalam semua kejohanan.

Penjaring terbanyak sepanjang zaman Barca itu gagal menghabiskan 90 minit perlawanan musim ini susulan beberapa siri kecederaan dan terpaksa dikeluarkan selepas rehat ketika menewaskan Villarreal 2-1 di tempat sendiri pada Selasa lalu akibat kecederaan paha.

"Saya tak tahu berapa lama dia perlu berehat tapi harap dia dapat kembali secepat mungkin,” kata Valverde ketika sidang akhbar di Barcelona hari ini.

"Kecederaannya tidak serius tapi kami akan memantau tahap pemulihannya minggu depan.”

Messi diketepikan untuk aksi menentang Getafe tetapi kudratnya pasti ditagih Barca dalam aksi Liga Juara Juara menentang Inter Milan di Camp Nou, Rabu depan selain Sevilla menunggu pada Ahad.

"Jika dia cepat pulih sudah pasti melegakan kami tetapi jika tidak, kami kehilangan pemain yang amat penting ketika detik sukar ini," kata Valverde.

Disiarkan pada: September 27, 2019 @ 11:31pm
d