arena

Ferrari harap kerja keras di Sochi berbaloi

Oleh AFP

CHARLES Leclerc dan Sebastian Vettel berharap kerja keras Ferrari bersengkang mata dalam memastikan jentera mereka mampu menghasilkan lebih kelajuan yang diperlukan mengungguli peringkat kelayakan di Grand Prix Russia, di Litar Autodrom Sochi, hari ini.

Pelumba kelahiran Monaco dan rakan sepasukan dari Jerman berada di kedudukan kedua dan kelima dalam latihan bebas semalam.

Sementara pelumba Red Bull, Max Verstappen mendahului perlumbaan, kedua-dua pelumba Ferrari menamatkan latihan itu dengan semangat dan mempercayai mereka mampu melakukan lebih baik.

“Saya fikir ada beberapa masa pusingan yang boleh diatasi daripada pihak kami,” kata Leclerc, yang memburu kemenangan keempat berturut-turut di petak utama dan kemenangan ketiga dalam empat percubaan. “Ia sebenarnya mengenai mencari keseimbangan yang tepat.”

Pelumba Belanda, Verstappen akan mengambil kedudukan di petak kelima penalti, Leclerc dan Vettel tahu mereka boleh mengisi barisan depan jika pelumba harapan Red Bull itu kekal di tempat teratas.

“Ia agak pelik,” kata juara dunia empat kali Vettel yang menamatkan perlumbaan selama 13 bulan tanpa sebarang kemenangan di Grand Prix Singapura, Ahad lalu.

“Kami mencuba beberapa perkara hari ini dan sekarang kami perlu memutuskan apa yang perlu dikekalkan dan apa yang harus diperbaiki.”

Disiarkan pada: September 28, 2019 @ 7:55am
d