arena

NSTP Vet asah taring berdepan UM Vet

SKUAD bola sepak New Straits Times Press (NSTP) Veteran mengadakan perlawanan bola sepak persahabatan menentang Universiti Malaya Veteran (UM Vet) di padang bola sepak UM, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Ia adalah sebahagian persediaan skuad yang dibarisi pemain berusia 40 tahun ke atas itu untuk menyertai program Media Prima Berhad (MPB) Bulan Sukan Negara 2019 (BSN19) yang dijadualkan berlangsung di UM Arena pada 30 Oktober ini.

Perlawanan disertai Ketua Pegawai Operasi Kumpulan NSTP, Datuk Yushaimi Maulud Yahaya itu berkesudahan pelawat tewas 1-4.

Gol tunggal NSTP Vet dihasilkan menerusi sepakan penalti yang disempurnakan Ibrahim Airudin.

BSN19 bertemakan #letsgetphysical membabitkan pelbagai acara sukan antaranya boling, bola tampar, sepak takraw, bola sepak, dodgeball, e-sukan serta cabaran naik anak tangga sepanjang 4 hingga 30 Oktober ini.

Disiarkan pada: September 28, 2019 @ 1:43pm
d