arena

LTdL hilang kategori hors

Oleh Azlan Muhammad Zain

PERLUMBAAN berbasikal Le Tour de Langkawi (LTdL) pada tahun depan tidak lagi menjadi perlumbaan kategori hors dalam kalendar Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI).

Perkembangan berkenaan disahkan Ahli Jawatankuasa Pengurusan Eksekutif UCI, Datuk Amarjit Singh dengan LTdL 2020 adalah berstatus 2.1 bermula tahun depan.

"Suruhanjaya Lebuhraya UCI memberi cadangan kepada Jawatankuasa Pengurusan Eksekutif UCI. Ia diputuskan beberapa hari lalu. Mereka melihat kepada perlumbaan yang berlangsung pada tahun ini.

"Antara yang menjadi pertimbangan mereka adalah tiada penyertaan pasukan berstatus World Tour. Saya fikir ini yang menjadi faktor utama selain aspek penyiaran," jelasnya.

Bagaimanapun menurut Amarjit yang juga Naib Presiden PKBM, Malaysia boleh memohon untuk kembali dinilai semula bagi edisi 2021.

"Jadi tiada perlumbaan hors untuk LTdL pada tahun depan. LTdL 2020 adalah berstatus 2.1," katanya.

LTdL mula dipertandingkan pada 1996 dan mula diangkat kepada kategori hors sekitar 2003.

Disiarkan pada: September 28, 2019 @ 7:12pm
d