arena

Nak jentera lagi laju!

Oleh AFP

CHARLES Leclerc dan Sebastian Vettel berharap Ferrari dapat memastikan jentera mereka mampu menghasilkan lebih kelajuan diperlukan untuk mengungguli Grand Prix Russia di Litar Autodrom Sochi, hari ini.

Pelumba kelahiran Monaco dan rakan sepasukan dari Jerman itu berada di kedudukan kedua dan kelima dalam latihan bebas semalam.

Ketika pelumba Red Bull, Max Verstappen mendahului perlumbaan, kedua-dua pelumba Ferrari menamatkan latihan dengan penuh semangat dan percaya mereka mampu melakukan lebih baik.

“Saya fikir ada beberapa masa pusingan yang boleh kami atasi,” kata Leclerc yang memburu kemenangan keempat berturut-turut di petak utama dan kemenangan ketiga dalam empat percubaan.

“Ia sebenarnya mengenai mencari keseimbangan yang tepat.”

Pelumba Belanda, Verstappen akan mengambil kedudukan di petak kelima selepas dikenakan penalti manakala Leclerc dan Vettel tahu mereka boleh mengisi barisan depan pada perlumbaan sebenar.

“Ia memang pelik,” kata juara dunia empat kali, Vettel yang menamatkan perlumbaan selama 13 bulan tanpa sebarang kemenangan di Grand Prix Singapura, Ahad lalu.

“Kami mencuba beberapa perkara hari ini dan sekarang kami perlu memutuskan apa yang perlu dikekalkan dan apa yang harus diperbaiki.”

Disiarkan pada: September 29, 2019 @ 4:30am
d