arena

Kante buat Chelsea ceria semula...

Oleh Agensi

BOS Chelsea, Frank Lampard menerima suntikan semangat selepas pemain tengah, N'Golo Kante kembali menyertai latihan pasukan utama selepas terlepas beraksi ketika menentang Brighton.

Pemain Perancis itu yang tidak beraksi akibat kecederaan memulakan kempen dengan masalah pergelangan kaki sebelum menarik diri akibat hamstring.

Kante bagaimanapun kembali menyertai latihan dan berada pada tahap terbaik pada sesi latihan hari ini ketika Chelsea bersedia kembali ke kancah Eropah menentang Lille dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL), awal pagi Khamis ini.

The Blues akan bertandang ke Perancis untuk perlawanan UCL dengan Kante diharapkan dapat memberi sumbangan kepada pasukan itu.

Kante tampil pada latihan sebelum menghilangkan diri ketika berdepan Brighton dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas jurulatih Blues berhasrat memantau perkembangannya.

Lampard berkata Kante tidak perlu tergesa-gesa beraksi semula biarpun melalui kempen cemerlang pada awal musim.

Disiarkan pada: October 1, 2019 @ 8:37pm
d