arena

Sifan terkejut Salazar digantung empat tahun

Oleh AFP

JAGUH baru ditabalkan sebagai juara dunia 10,000 meter wanita Sifan Hassan berkata dia terkejut dengan pengharaman doping dikenakan terhadap Alberto Salazar, hari ini.

Malah, dia mendakwa berada di tahap tidak tahu apa-apa ketika berlatih bersama jurulatih terbabit.

Sifan yang dilatih oleh Salazar di Projek Oregon Nike meraih pingat emas dalam acara 10,000m di Stadium Khalifa, Doha.

Pelari Ethiopia kelahiran Belanda berusia 26 tahun itu meletak sasaran untuk meraih pingat emas kedua acara 1,500m di Doha.

Bagaimanapun, persiapannya sedikit terjejas selepas Agensi Anti Doping Amerika Syarikat (USADA) mengumumkan penggantungan selama empat tahun kerana melanggar peraturan doping.

“Saya terkejut menerima berita ketetapan itu hari ini terutamanya kali ini ketika saya bersiap sedia untuk mengadapi satu lagi perlumbaan dalam acara kejohanan dunia di Doha,” kata Sifan.

“Penyiasatan fokus terhadap tempoh sebelum saya menyertai Projek Oregon jadi ia tiada kaitan dengan saya.”

Disiarkan pada: October 1, 2019 @ 9:01pm
d