arena

Icardi wira Paris St Germain

Oleh Reuters

MAURO Icardi menjaringkan gol pertamanya buat Paris St Germain yang menewaskan Galatasaray 1-0 dalam aksi Kumpulan A Liga Juara Juara di tempat lawan awal pagi tadi.

Icardi menolak bola masuk dari jarak dekat pada minit ke-52 selepas mendapat hantaran Pablo Sarabia yang gagal ditepis penjaga gol Galatasaray, Fernando Muslera.

PSG kini meraih enam mata daripada dua perlawanan dan empat mata mengatasi pasukan di tangga kedua Club Brugges yang seri 2-2 di Real Madrid. Real tercorot, sama satu mata dengan Galatasaray.

PSG terlepas beberapa peluang sepanjang perlawanan ketika mereka mendominasi aksi terutamanya pada babak akhir permainan.

Tuan rumah meraih peluang pertama pada minit ke-18 menerusi gandingan Younes Belhanda dan Jean Michael Seri sebelum rembatan Seri tersasar.

Falcao terlepas peluang terbaik menyamakan kedudukan pada minit ke-69 namun sepakan percuma di luar kotak penalti turut tersasar.

PSG akan menentang Club Brugge di tempat lawan selepas ini manakala Galatasaray menerima kunjungan Real Madrid pada 22 Oktober.

Disiarkan pada: October 2, 2019 @ 8:35am
d