arena

Bedal Spurs 'mesej besar'- Gnabry [VIDEO]

Oleh AFP

SELEPAS meledak empat gol Serge Gnabry menyifatkan kemenangan besar 7-2 Bayern Munich 7-2 ke atas Tottenham Hotspur memberi mesej besar kepada pencabar Liga Juara-Juara (UCL) mereka.

Gnabry menyerlah di Stadium Tottenham Hotspur, awal pagi tadi ketika Bayern memberikan kekalahan terbesar buat skuad Inggeris dalam pertandingan Eropah.

Bekas pemain sayap Arsenal itu menyumbat empat gol pada aksi babak kedua sementara penyerang Poland, Robert Lewandowski juga menjaringkan dua gol ketika benteng Spurs dilihat goyah menahan asakan.

“Saya rasa pasukan lagi satu tahu kami tidak akan berhenti,” kata Gnabry kepada media selepas jaringan UCL dilakukannya pada penampilan ke-12 pada peringkat ini.

“Selepas mendahului 3-1 atau 4-2 kami boleh berhenti tetapi kami mahukan lagi.

“Saya rasa ia besar untuk setiap yang lain.”

Pemain legenda Jerman dan pengulas sukan, Lothar Matthaeus bersetuju Bayern menjadi contoh kepada pertandingan antarabangsa dalam saingan itu.

“Saya tidak mahu mengatakan mereka pencabar kejuaraan tetapi keputusan itu akan memberikan mereka keyakinan diri,” katanya.

Gnabry bukanlah pemain asing meraih jaringan tinggi selepas mencatat hatrik ketika membuat penampilan bersama Jerman tiga tahun lalu ketika menang 8-0 ke atas pasukan kerdil, San Marino pada kelayakan Piala Dunia 2018.

Pemain berusia 24 tahun itu mengakui empat gol adalah sesuatu yang istimewa.

Disiarkan pada: October 2, 2019 @ 4:08pm
d