arena

All Blacks 'buli' Kanada

Oleh AFP

JUARA bertahan New Zealand melakukan sembilan try ke atas Kanada untuk menang besar 63-0 untuk mengukuhkan cengkaman mereka dalam Kumpulan B Piala Dunia Ragbi hari ini.

Ketiga-tiga adik beradik Barrett - Jordie, Beauden dan Scott - melakukan try ketika All Blacks membuat empat try sebelum tamat separuh masa pertama dan menambah lima lagi pada separuh masa kedua.

Brad Weber, yang kembali ke pangkuan All Blacks selepas diketepikan selama empat tahun, menjadi inspirasi yang diperlukan juara bertahan itu untuk menguasai separuh masa kedua.

Weber yang berfikiran pantas, diturunkan sebagai pengganti pada awal separuh masa kedua, menjaringkan dua try dan membantu tiga lagi.

“Saya berpendapat khususnya pada separuh awal separuh masa kedua, mereka benar-benar bersatu dan mempamerkan aksi ragbi yang bagus dan terkawal,” kata jurulatih All Blacks Steve Hansen.

“Dalam keadaan yang sukar, kelembapannya sukar dipercayai dan ketika ramai orang di negara sendiri terfikir mengapa kami kerap menjatuhkan bola, ia benar-benar sukar. Jadi saya fikir mereka melakukan tugas dengan baik.

Pada separuh masa pertama yang agak kelam kabut, di mana cuaca lembab di dalam Stadium Oita menyumbang beberapa kesilapan mengendalikan bola, All Blacks hanya mendahului 28-0 pada separuh masa pertama.

Namun dengan Weber mencorakkan rentak permainan, mereka menggandakan jaringan pada 10 minit pertama separuh masa kedua dengan empat try yang pantas.

Disiarkan pada: October 2, 2019 @ 9:10pm
d