arena

Ozil tak layak beraksi - Emery

Oleh AFP

UNAI Emery berkata, Mesut Ozil tidak layak mendapat tempat dalam skuad muda berbakat Arsenal selepas mereka menewaskan Standard Liege 4-0 dalam aksi Liga Europa, awal pagi tadi.

Ozil pemain paling tinggi menerima gaji dalam sejarah kelab sekali lagi disisihkan ketika Gabriel Martinelli menjaringkan dua gol dalam aksi Kumpulan F di tempat sendiri.

Pemain berusia 18 tahun itu dua kali menembusi gawang lawan dalam tempoh tiga minit sebelum membantu Dani Ceballos menjaringkan gol pertamanya untuk kelab dengan Joe Willock meledak gol ketiga.

Emery melakukan 10 pertukaran ke atas kesebelasan yang seri di Manchester United, Isnin lalu dengan Ozil turut dipinggirkan dalam perlawanan itu.

"Saya selalu memikirkan pemain terbaik untuk setiap perlawanan dan pasukan bagi membantu kami,” kata Emery ketika ditanya mengenai ketiadaan Ozil.

"Apabila saya berasakan dia tak sepatutnya dalam skuad kerana saya fikir ada pemain lain yang lebih berhak dan layak daripada dia.”

Pemain berusia 30 tahun itu tidak mempunyai hubungan baik dengan Emery sejak pengendali itu dilantik tahun lalu dan ketiadaannya mencetuskan spekulasi dia tidak bertahan lama di Arsenal.

Disiarkan pada: October 4, 2019 @ 5:35pm
d