arena

JBPM Perak julang piala Ketua Pengarah

Oleh Norizuan Shamsuddin

PASUKAN Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak muncul juara Kejohanan Bola Sepak Piala Ketua Pengarah JBPM 2019 yang berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, hari ini.

Kejayaan itu dicapai selepas JPBM Perak menumpaskan JBPM Sabah 3-1 pada perlawanan akhir sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000, piala dan tempat kedua pula membawa pulang RM3,000 dan medal.

Manakala tuan rumah JBPM Terengganu pula meraih tempat ketiga dan membawa pulang RM2,000 serta medal.

Hadiah disampaikan Ketua Pengarah JBPM, Datuk Mohammad Hamdan Wahid yang hadir merasmikan majlis penutup kejohanan terbabit.

Mohammad Hamdan berkata, sebanyak 16 pasukan daripada 15 negeri menyertai kejohanan dwi tahunan membabitkan keseluruhan 400 pegawai dan anggota agensi berkenaan.

“Penganjuran kejohanan secara tidak langsung dapat memastikan warga JBPM sentiasa membabitkan diri dalam program berbentuk kesukanan dalam usaha meningkatkan kecergasan fizikal dan mental mereka.

"Selain itu, kita dapat mencungkil bakat baharu yang mempunyai kebolehan bermain bola sepak memandangkan terdapat kejohanan di peringkat antarabangsa, negeri dan daerah yang boleh disertai," katanya.

Disiarkan pada: October 5, 2019 @ 5:23pm
d