arena

Icardi meledak lagi

Oleh AFP

MAURO Icardi menjaringkan gol pertamanya di Ligue 1 ketika Paris Saint-Germain mendahului selesa di puncak liga dengan kemenangan 4-0 kepada pasukan meningkat naik, Angers, awal pagi ini.

Juara bertahan dikejutkan dengan kekalahan 0-2 di gelanggang sendiri kepada Reims, namun tidak berdepan masalah besar di stadium Parc des Princes pada kali ini walaupun lawan mempamerkan permulaan yang baik pada musim ini.

PSG menuju ke rehat antarabangsa sememangnya berada dalam kawalan untuk mengejar kejuaraan, dengan saingan turut diberikan Nantes yang berada di kedudukan kedua dengan 19 mata.

“Ia adalah penamat yang baik buat kami untuk tempoh ini dan tanpa melepaskan sebarang gol adalah sesuatu yang hebat,” kata jurulatih PSG Thomas Tuchel, yang melihat tiga pemain yang baharu ditandatangani baru-baru ini ketika Pablo Sarabia dan Idrissa Gueye turut meledak gol.

“Dengan barisan pemain yang baru, kami membentuk personaliti dan pengalaman. Kami semakin boleh berharap.”

Jaringan lewat permainan Neymar memastikan persembahan hebat individu ketika di terus memperbaiki hubungan baik bersama peminat kelab itu selepas gagal dalam usaha untuk kembali beraksi semula ke Barcelona.

“Situasi bertambah baik, ia lebih mudah,” kata Tuchel mengenai Neymar. “Terpulang kepadanya untuk menunjukkan kebolehannya, bahawa dia memberikan segalanya.

“Dia menderita dan bekerja untuk kami. Ia tidak perlu diperkatakan lagi... Dia menjaringkan gol lagi hari ini, dia banyak menggelecek, tindakan bijak.

“Dia berkebolehan melakukan sesuatu yang luar biasa, dan ia ada pada dirinya untuk menunjukkan kepada mereka.”

Tuchel merehatkan Angle Di Maria, ketika penyerang yang dipinjamkan dari Inter Milan memperoleh habuan menerusi gol pertama di PSG dalam pertengahan minggu di Galatasaray dengan penampilan penuh dalam Ligue 1 bersama pasukan.

Kelab kotaraya itu kekal tanpa khidmat pemain cedera Edinson Cavani, sementara Kylian Mbapp diketepikan selepas mengalami kecederaan pada paha.

Keputusan perlawanan Liga Perancis

Reims 2 Lille 0

Rennes 1 Nice 2

Strasbourg 2 Monaco 2

Olympique Marseille 1 Saint-Etienne 0

Disiarkan pada: October 6, 2019 @ 10:01am
d