arena

Farah Ann tempah tiket ke Olimpik Tokyo

Oleh Ferzalfie Fauzi

ATLET gimnastik artistik Farah Ann Abdul Hadi berjaya meraih tiket ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Dia yang berusia 25 tahun berjaya melepasi kedudukan kelayakan dengan menduduki tempat ke-16 bagi acara akhir individu all-around di Kejohanan Dunia di Stuttgart, Jerman semalam.

Farah Ann adalah atlet ketiga dari acara gimnastik artistik yang berjaya layak ke Olimpik selepas Au Li Yen dan Ng Shu Wai.

Hanya gimnas yang berada di kedudukan 20 terbaik yang mampu diberikan slot ke Tokyo.

Li Yen mara ke Sukan Olimpik Sydney 2000, manakala Shu Wai yang sekarang ini salah seorang daripada jurulatih Farah Ann beraksi di Olimpik Athens 2004.

Disiarkan pada: October 6, 2019 @ 12:01pm
d