arena

Marquez raih gelaran dunia keenam

Oleh Reuters

PELUMBA Honda Marc Marquez mengesahkan gelaran juara dunia MotoGP kali keenam ketika saingan perlumbaan berbaki empat pusingan selepas memenangi Grand Prix Thailand, hari ini.

Penunggang Sepanyol itu perlu mencatat kelebihan dua mata berbanding pencabar Itali menunggang Ducati Andrea Dovizioso yang menamatkan saingan di tempat keempat di Sirkit Antarabangsa Buriram sekaligus meraih kejayaan keempatnya berturut-turut.

Marquez menamatkan saingan mendebarkan sehingga ke penghujung dengan merakam masa 39 minit 36.223 saat di depan pelumba rookie berusia 20 tahun dari Perancis, Fabio Quartararo dengan seorang lagi pelumba Sepanyol Maverick Vinales yang memacu jentera Yamaha, ketiga.

Ia adalah gelaran kelapan dalam karier pelumba berusia 26 tahun itu.

Dia adalah juara dunia 125cc (kini Moto3) pada 2010 dan pemenang Moto2 pada 2012.

Disiarkan pada: October 6, 2019 @ 4:43pm
d