arena

Ruhanraj, Angel muncul juara

Oleh Asrol Awang

V Ruhanraj dan Angel Hii, masing-masing muncul juara kategori gross lelaki dan wanita Kejohanan Golf Amatur Terbuka Pahang edisi ke-16 di Kelab Golf Diraja Pahang (RPGC), Kuantan, hari ini.

Kejayaan itu membolehkan Ruhanraj menerima piala, baucer dan barangan elektrik bernilai RM2,000 manakala Angel pula membawa pulang piala, baucer dan barangan elektrik bernilai RM1,500.

Naib juara kategori lelaki diraih Victor Ng dan ketiga, Umar Khushairi Muhamad Kamal, masing-masing menerima hadiah bernilai RM1,500 dan RM1,200.

Bagi kategori wanita pula, naib juara diraih Nur Maisarah Sa'ad dan ketiga, Cherly Hong, masing-masing menerima hadiah bernilai RM1,000 dan RM800.

Selain kategori gross lelaki dan wanita, kejohanan selama tiga hari yang menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM20,000 itu turut mempertandingkan kategori nett lelaki dan wanita pada Kejohanan Golf Amatur Terbuka Pahang edisi ke-16 itu.

Kejohanan yang dianjurkan RPGC, Kerajaan Pahang dan Persatuan Golf Malaysia (MGA) disertai 139 pemain amatur dari seluruh negara.

Hadiah disampaikan oleh Presiden MGA, Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor.

Hadir, Naib Presiden Satu RPGC, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak.

Disiarkan pada: October 6, 2019 @ 6:51pm
d