arena

Lavanini digantung empat perlawanan

Oleh Reuters

PEMAIN lock Argentina Tomas Lavanini digantung empat perlawanan kerana melakukan bentesan paras kepala terhadap Owen Farrell yang menyebabkannya menerima kad merah pada perlawanan Kumpulan C Ragbi Piala Dunia.

Lavanini melakukan rempuhan bahu terhadap rahang kapten England itu pada m-17 perlawanan terbabit menyaksikan Pumas tewas 39-10 di Stadium Tokyo, Sabtu lalu sekaligus meranapkan peluang mara ke peringkat lapan terakhir.

Pemain penyerang baris kedua itu menangis ketika meninggalkan padang malah turut mempunyai sejarah sama ketika beraksi pada 2017 di Afrika selatan.

Dia juga menerima lima kad kuning pada perlawanan test sebelum ini.

“Lavanini mengakui dia mempamerkan permainan kasar dan menerima kad merah diberikan kepadanya,” menurut keputusan peraturan dibuat.

“Dia menerima denda itu berdasarkan rekod disiplinnya sebelum ini menyebabkan dia tidak berhak mendapat diskaun 50 peratus daripada enam mata perlawanan lebih awal.”

Kejayaan Perancis mengatasi Tonga, Ahad lalu juga bermakna Argentina akan pulang ke Buenos Aires selepas perlawanan terakhir mereka menentang Amerika Syarikat di Kumagaya, esok.

Lavanini terlepas beraksi pada perlawanan itu dan tiga perlawanan bersama kelab Inggeris diwakili, Northampton Saints.

Disiarkan pada: October 7, 2019 @ 4:49pm
d