arena

Rummenigge tersinggung disindir Perancis...

Oleh AFP

KETUA Bayern Munich, Karl-Heinz Rummenigge bersuara terhadap juara dunia, Perancis selepas mereka memanggil pemain pertahanan cedera, Lucas Hernandez untuk menghadapi kelayakan Euro 2020 menentang Iceland dan Turki.

Rummenigge memberitahu persekutuan bola sepak Perancis, minggu lalu Hernandez tidak dapat dilepaskan akibat kecederaan lutut tetapi Perancis meminta pemain pertahanan terbabit membuat laporan pemeriksaan perubatan.

“Saya mahu mengatakan Lucas Hernandez tidak bermain untuk kami dalam Liga Juara-Juara (UCL) menentang Tottenham atau beraksi dalam Bundesliga Sabtu lalu,” kata Rumminegge dalam kenyataan, hari ini.

Bekas penyerang terbabit yang kini menjadi ketua broker di Bayern, dikatakan tersinggung dengan komen dibuat jurulatih kebangsaan Perancis Didier Deschamps yang mengatakan pemain terbabit tetap gembira beraksi dengan sebelah kaki demi negaranya.

“Kata-kata Didier Deschamps itu mengejutkan kami,” katanya.

Penyandang juara Piala Dunia itu akan berdepan Iceland di Reykjavik, Jumaat ini sebelum menanti Turki di Stade de France pada 14 Oktober.

Les Bleus mengumpul mata sama dengan Turki selaku pendahulu Kumpulan H dengan 15 mata selepas enam perlawanan manakala Iceland ketinggalan tiga mata.

Hanya dua pasukan layak secara automatik ke pusingan akhir.

Disiarkan pada: October 7, 2019 @ 9:18pm
d