arena

Pemain Barca dapat bonus RM423j

Oleh Reuters

BARCELONA membayar 92 juta euro (RM423 juta) bonus secara kolektif kepada pemainnya kerana memenangi liga Sepanyol dan Piala Super musim lalu, menurut laporan tahunan kelab itu.

Bonus itu kurang 2 juta euro (RM9.2 juta) berbanding jumlah yang dibayar pada 2018.

Jumlah itu bagaimanapun lebih 3 juta euro (RM13.8 juta) daripada apa yang diterima pemain ketika kelab itu memenangi tiga kejuaraan pada 2015.

Laporan itu mendedahkan kelab membelanjakan keseluruhan 541 juta euro (RM2.49 bilion) terhadap kos staf bagi semua pasukan sukannya, dengan 311.9 juta euro (RM1.43 bilion) bagi jurulatih dan pemain pasukan utama.

Ketika Barca mudah memenangi La Liga dan menjulang Piala Super musim lalu, mereka kalah final Piala Raja Sepanyol di tangan Valencia dan disingkirkan oleh Liverpool pada separuh akhir Liga Juara-Juara.

Barca membayar pemain 89 juta euro (RM409 juta) pada musim 2014-15, apabila mereka menang La Liga, Piala Raja Sepanyol dan Liga Juara-Juara.

Mereka mengeluarkan bonus 94 juta euro (RM432 juta) pada musim 2017-18, bila mana mereka menang Piala Raja Sepanyol dan La Liga.

Disiarkan pada: October 8, 2019 @ 10:14am
d