arena

Liverpool dah jauh - Wenger

Oleh Agensi

ARSENE Wenger mengatakan Liverpool akan menamatkan penantian selama 30 tahun untuk menjulang gelaran kerana sudah berada terlalu jauh dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

The Reds memiliki kelebihan lapan mata di depan Manchester City selaku pendahulu liga.

Skuad juara bertahan Pep Guardiola sudah tewas dua perlawanan kepada Norwich dan Wolves selepas berakhir lapan perlawanan dalam kempen saingan liga.

Kemenangan ke atas Leicester minggu lalu mengekalkan rekod 100 peratus Liverpool membuatkan skuad Jurgen Klopp paling sukar ditewaskan musim ini.

Biarpun Wenger enggan menbuat ramalan peringkat awal musim ini, dia mengakui bekas kelabnya Arsenal masih tercari-cari rentak untuk memberi cabaran.

Pengurus Perancis diminati ramai itu yakin Liverpool sepatutnya menjadi pilihan menjulang gelaran Mei depan tetapi tidak menolak kemungkinan City mempertahankan gelaran 2018/19 mereka.

“Buat masa ini anda tidak melihat kepada kedudukan perbezaan mata kerana ia sangat kecil dengan orang lain,’ kata Wenger.

“Anda seri, anda akan berada di tangga ketujuh.

“Jika menang, di tangga ketiga.

“Saya tidak merasakan Arsenal berupaya mencabar gelaran buat masa ini. Liverpool terlalu jauh dengan pasukan lain.

“Pada saya, City masih potensi terbaik mencabar Liverpool. Bagaimanapun harapan masih ada selagi tidak tercicir terlalu jauh.”

Disiarkan pada: October 8, 2019 @ 6:40pm
d