arena

Media Vietnam perlekeh Harimau Malaya? [METROTV]

Oleh Syazwan Msar

KEJAYAAN skuad Harimau Malaya menumbangkan Sri Lanka 6-0 pada perlawanan persahabatan baru-baru ini dipersoalkan oleh media Vietnam apabila melihat lawan yang dipilih tidak sepadan malah dianggap antara dua darjat hingga membolehkan Malaysia menang dengan jaringan besar.

Malah, kemenangan besar yang diraikan skuad negara itu dipandang remeh oleh mereka yang beranggapan tidak seharusnya skuad negara ‘membuli’ lawan terbabit yang dilihat berada di ranking 202 Persekutan Bolasepak Dunia (FIFA).

Namun, pengendali Harimau Malaya Tan Cheng Hoe ada sebabnya mengapa memilih pasukan kerdil itu adalah kerana mahukan aksi pemanas badan sebagai persiapan menentang Vietnam hari ini.

“Sebagai jurulatih, saya memerlukan perlawanan pemanas badan untuk pemain dapat mengekalkan momentum untuk aksi lebih penting.

“Keputusan positif termasuk menang dengan jumlah jaringan banyak adalah penting bagi meningkatkan moral pemain yang tewas kepada Emeriah Arab Bersatu (UAE) sebelum ini,”katanya , dalam sidang media perlawanan Malaysia bertemu Vietnam pada aksi ketiga kumpulan G bagi saingan Pusingan 2 kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023,” di sini, hari ini.

Disiarkan pada: October 9, 2019 @ 7:20pm
d