arena

Belgium pasukan pertama layak

Oleh AFP

BELGIUM menjadi pasukan pertama layak ke pusingan akhir kejohanan Eropah (Euro2020) tatkala Romelu Lukaku menjaringkan dua gol ketika Belgium menewaskan San Marino, 9-0 di Brussels, awal pagi ini.

Lukaku mencetak rekod pada penampilan antarabangsa bersama Belgium untuk melepasi jumlah 50 jaringan ketika skuad kendalian Roberto Martinez gah di kedudukan teratas kumpulan I untuk 11 mata mengatasi pencabar pasukan di tempat ketiga Cypurs berbaki tiga mata.

“(Untuk perlawanan seterusnya) pendekatannya akan lebih kurang sama, kami mempunyai tanggungjawab untuk memastikan standard kami,” kata jurulatih dari Sepanyol, Martinez.

“Langkah seterusnya adalah menamatkan saingan di kedudukan pertama dalam kumpulan.”

Pasukan di ranking nombor satu dunia itu mengesahkan tempat pada kejohanan tahun depan, yang dijadual berlangsung di 12 venue sekitar Eropah, selepas mencatat tujuh kemenangan kelayakan berturut-turut.

Russia menampakkan pasukan kedua untuk layak secara automatik dalam kumpulan itu selepas mencatat kemenangan ke atas Scotland, 4-0 mendahului lapan mata daripada Cyprus.

Belgium menjadi pasukan pilihan ketika pasukan itu mengintai peluang memburu gelaran pertama peringkat antarabangsa di kejohanan utama sebaik saingan Euro bermula pada 12 Jun depan.

“Pada pemerhatian saya, sembilan negara mempunyai peluang untuk menang Euro,” tambah Martinez. “Apa yang menjadikan ia berbeza adalah bagaimana anda berdepan dengan situasi sukar. Ia tidak semestinya mengorbankan diri anda untuk rakan sepasukan yang lain.”

Kemenangan Belgium di Stadium King Badouin dengan sembilan gol, menyamai rekod ketika menewaskan Zambia dan Gibraltar 9-0 pada 1994 dan 2017 selain turut membelasah lawan sama San Marino, 10-1 pada 2001.

Disiarkan pada: October 11, 2019 @ 7:36am
d