arena

Russia makin selesa

Oleh AFP

RUSSIA semakin menghampiri Euro 2020 ketika Artem Dzyuba membantu pasukannya menewaskan Scotland, 4-0 sekali gus meletakkan pasukan itu hanya memerlukan beberapa mata untuk layak ke pusingan akhir kejohanan pada musim panas ini.

Kapten, Dzyuba menjaringkan gol pembukaan 12 minit selepas waktu rehat di Moscow dengan meledak gol buat tuan rumah menerusi rembatan jarak dekat dari sudut padang dan meletakkan Russia mendahului selesa menerusi gol ketiga apabila mudah menolak masuk 20 minit sebelum tamat permainan.

Magomed Ozdoev menjaringkan gol terbaik pada malam itu dengan rembatan jarak jauh selepas Dzyuba memastikan penguasaan permainan buat tuan rumah, sementara Aleksandr Golovin memastikan kemenangan selesa Russia berbaki enam minit permainan untuk memberikan peluang kepada Scots beraksi di playoff Liga Negara Eropah.

“Ia adalah perlawanan yang cukup bermakna pada separuh masa kedua. Apa yang berlaku pada separuh masa di dalam bilik persalinan? Mereka sangat senyap dan bising selepas 15 minit,” kata penyerang Zenit Saint Petersburg, Dzyuba.

“Ia sememangnya membuat kami beraksi lebih baik dan kami membuktikan kami boleh melakukannya.”

Kemenangan selesa itu meletakkan Russia di kedudukan kedua kumpulan I, tiga mata di belakang pasukan yang sudah layak Belgium dengan baki tiga perlawanan dan lapan mata mendahului pasukan di tempat ketiga, Cyprus yang mencatat kemenangan lewat 2-1 di Kazakhstan dan akan melayan kunjungan Russia pada tengah malam Ahad.

Keputusan seri di Nicosia sudah memadai buat barisan kendalian Stanislav Cherchesov untuk berada di kedudukan kedua dan memastikan tempat beraksi di kejohanan membabitkan beberapa negara tuan rumah.

Disiarkan pada: October 11, 2019 @ 8:39am
d