arena

Moore suntik semangat Wales

Oleh AFP

BEKAS anggota penyelamat, Kieffer Moore menjaringkan gol pada penampilan sulungnya bersama skuad kebangsaan dalam aksi kompetitif ketika Wales seri 1-1 menentang Slovakia dan menghidupkan peluang skuad kendalian Ryan Giggs dalam saingan kelayakan Euro 2020.

Moore menanduk masuk gol pembukaan pada minit ke-25 di Trnava sebelum tuan rumah menyamakan kedudukan pada awal separuh masa kedua perlawanan menerusi Juraj Kucka.

Keputusan itu membolehkan Wales memungut tujuh mata dalam Kumpulan E namun ketinggalan enam mata di belakang pendahulu, Croatia dan tiga mata di belakang Slovakia tetapi bermain kurang satu perlawanan.

“Bolehkah saya kata menikmatinya? Tidak begitu tepat. Bagi sesiapa yang tiada kena mengena, ia adalah perlawanan yang hebat untuk ditonton,” kata Giggs kepada Sky Sports.

“Kami memiliki beberapa peluang terbaik. Ia mungkin boleh berubah namun kami kadang kala berada dalam tekanan tetapi kami bertahan dengan baik.

“Saya pernah berkata sebelum permainan yang kami perlu menjadi kejam. Kami mempunyai ramai pemain yang amat berbakat dan kami perlu menyempurnakan semua peluang yang kami cipta dalam tiga perlawanan berikutnya.

“Perlawanan di gelanggang sendiri bertemu Croatia, Ahad ini amat penting. Suasananya pasti hebat jadi kami tidak sabar untuk mengharunginya.”

Disiarkan pada: October 11, 2019 @ 10:29am
d