arena

Mo Farah pertahan reputasi

Oleh Reuters

JUARA Olimpik Britain, Mo Farah mempertahankan reputasinya di sidang media menjelang acara Chicago Marathon, di New York, hari ini, selepas diajukan berbagai soalan mengenai bekas jurulatihnya Alberto Salazar yang digantung kerana melanggar peraturan doping.

Farah, yang belum dituduh melakukan salah laku, berkerja dari 2011 sehingga 2017 bersama Salazar, yang dijatuhi hukuman empat tahun penggantungan oleh Agensi Anti Doping Amerika Syarikat (USADA) pada 30 September lalu.

Farah, 36, bercakap buat pertama kali sejak Salazar digantung, menunjukkan kemarahan apabila ditanya soalan mengenai bekas mentornya itu, di mana dia melakar beberapa persembahan cemerlang.

“Ia sangat mengecewakan untuk melihat kamu semua melakukannya lagi dan lagi dan tajuk utama, ‘Farah, Farah, Farah,” katanya.

“Saya cuma katakan tidak ada dakwaan membabitkan diri saya. Saya tidak melakukan sebarang kesalahan.

“Jika saya memberitahu kamu semua dan bercakap kepada kamu dan berbuat baik kepada kamu, kamu masih menganggap negatif. Jika saya tidak bercakap dengan kamu, kamu tetap akan negatif.

“Saya sedar saya boleh menang. Kamu sudah mengambil keputusan apa yang kamu akan tulis - ia adalah fakta.”

Ditanya sama ada di menyesal tinggal bersama Salazar, terutamanya selepas 2015 BBC dokumentari membuat beberapa siri dakwaan terhadap warga Amerika itu, Farah berkata dia sudah berdepan dengan jurulatihnya itu.

“Saya berada di Birmingham (England) untuk perlumbaan, saya menarik diri perlumbaan pada 2015," katanya kepada wartawan. “Saya mahukan beberapa jawapan dan saya terbang ke Portland untuk mendapatkan jawapan daripada Alberto.

“Bercakap dengannya secara berdepan dan dia mengakui pada saya ketika itu, ia hanya tuduhan. Ini tidak benar. Tiada dakwaan membabitkan kamu, Mo. Dia berjanji kepada saya dan ia adalah tidak benar.”

Disiarkan pada: October 12, 2019 @ 11:52am
d