arena

Griffin juara Terbuka Houston

Oleh Reuters

LANTO Griffin akan lebih dikenali daripada nama peliknya selepas menjuarai Terbuka Houston dengan satu pukulan hari ini.

Griffin, menangis kegembiraan selepas melakukan pukulan putt sejauh enam kaki untuk meraih kemenangan di Kelab Golf di Houston.

“Saya berasa tenang. Saya tidak tahu mengapa,” katanya ketika sesi wawancara di tepi padang selepas mencatat tiga di bawah par 69 untuk mengatasi rakan senegara dari Amerika Syarikat Scott Harrington dan Mark Hubbard dengan satu pukulan.

Griffin, 31, bukan pendatang baharu tetapi membuat penampilan ke-33 dalam Jelajah PGA.

Dia menamatkan saingan dengan 14 di bawah par 274 dan kini mendahului senarai mata Piala FedEx dengan pengecualian selama dua tahun.

“Saya tahu jika saya melakukan bogey saya ada tugas tahun depan,” katanya mengenai lubang terakhir.

“Saya lega ia berakhir. Saya bermain dengan mantap. Saya bangga dengan cara saya bertahan di sana.”

Disiarkan pada: October 14, 2019 @ 12:33pm
d