arena

Lima ditahan kerana tabik Nazi

Oleh Agensi

LIMA penyokong bola sepak Bulgaria ditahan kerana kerana mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman terhadap pemain England ketika perlawanan kelayakan Euro 2020.

Polis melakukan siasatan mengesan penyokong dituduh mensasarkan tiga pemain Three Lions ketika perlawanan berkesudahan England menang 6-0 di Sofia, kelmarin.

Perlawanan itu terhenti dua kali pada separuh masa pertama ketika pemain berkulit hitam berterusan diejek dengan kata-kata berbaur perkauman oleh penyokong tuan rumah.

Pengumuman turut dibuat dalam stadium itu ketika perlawanan memberitahu penyokong untuk menghentikan ejekan terhadap pemain England namun penyokong Bulgaria tidak mengendahkannya.

Mereka turut memakai topeng muka dengan baju tertera 'No respect' serta melakukan tabik Nazi.

Sekumpulan 50 penyokong keluar dari stadium Vassil Levski dengan babak kedua berakhir tanpa sebarang tambahan masa tetapi suara ejekan seperti monyet masih kedengaran di tempat duduk penonton.

Protokal tiga langkah UEFA anti-perkauman digunakan pada separuh masa pertama ketika Tyrone Mings yang membuat penampilan sulung memberi tahu pengawai perlawanan dia menerima ejekan daripada tempat duduk penyokong.

Kenyataan dibacakan terhadap sistem PA meminta penyokong memberhentikan kelakukan mereka.

Seorang lagi pemain England, Raheem Sterling turut menerima ejekan bunyi monyet heard jeering and monkey chants.

bagaimana pun pemain England serta pengurus Gareth Southgate dan kakitangan skuad itu memilih untuk menghabiskan perlawanan itu.

UEFA mengumumkan sudah membuka kertas siasatan disiplin terhadap Bulgaria kerana 'kelakuan perkauman, membaling objek, mengganggu lagu kebangsaan dan ulang tayang di skrin gergasi'.

Disiarkan pada: October 16, 2019 @ 4:59pm
d