arena

Zarco ganti Nakagami di LCR Honda

Oleh Reuters

PELUMBA Perancis, Johann Zarco akan menggantikan Takaaki Nakagami di LCR Honda untuk tiga perlumbaan terakhir musim MotoGP selepas pelumba Jepun itu disahkan akan menjalani pembedahan bahu menurut jurucakap pasukan itu, hari ini.

Nakagami, 27, akan menjalani pembedahan selepas perlumbaan di laman sendiri di Motegi, minggu ini.

Zarco tidak menyertai perlumbaan sejak terbabit dalam perancangan syarikat bersama pasukan KTM Austria bulan lalu.

“Saya amat berterima kasih di atas peluang ini, dan saya akan melakukan yang terbaik untuk mempamerkan prestasi terbaik dan berseronok dengan masa, kerana ini mungkin perlumbaan yang dapat saya lakukan buat masa ini,” kata Zarco dalam kenyataan di keluarkan pasukan itu.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada KTM kerana melepaskan saya untuk berlumba dengan motosikal lain. Mari kita lihat apa yang saya mampu lakukan,”

Baki perlumbaan selepas Jepun adalah Australia, Malaysia dan Valencia.

Zarco juara Moto2 dua kali dan dinobatkan pelumba baharu MotoGP tahunan pada 2017 akan bergandingan dengan pelumba Britain, Cal Crutchlow.

Nakagami sudah mengesahkan akan menyertai Lucio Cecchinello bagi tahun 2020 sementara Zarco masih mengintai peluang untuk berlumba pada musim depan.

Disiarkan pada: October 16, 2019 @ 8:32pm
d