arena

Sanchez perlu jalani pembedahan

Oleh Reuters

PENYERANG Chile, Alexis Sanchez mungkin perlu menjalani pembedahan pergelangan kaki selepas mengalami kecederaan itu ketika pasukan negaranya seri tanpa jaringan berdepan Colombia minggu lalu, menurut kenyataan kelabnya Inter Milan.

Sanchez mengalami kecederaan tendon pada pergelangan kaki kiri selepas dia terpaksa dikeluarkan pada penghujung perlawanan dan tersisih perlawanan persahabatan yang dimenangi negaranya ke atas Guinea pada Selasa.

Jurulatih Chile, Reinaldo Rueda berkata selepas perlawanan menentang Colombia, Sanchez mungkin tidak dapat beraksi antara dua hingga tiga bulan jika kecederaannya memerlukan pembedahan.

“Alexis Sanchez menjalani ujian perubatan.. keputusan menunjukkan dia berdepan masalah pada pergelangan kaki kiri dan perlu menjalani rawatan segera,” menurut kenyataan Inter.

“Pemain itu akan mendapat nasihat daripada perunding kecederaan iaitu Profesor Ramon Cugat di Barcelona, dan seterusnya mencapai keputusan sama ada kaedah pembedahan perlu dijalankan.”

Sanchez, 30, kini dipinjamkan ke Inter daripada kelab Liga Perdana Inggeris, Manchester United. Dia sudah menjaringkan satu gol buat kelab Itali itu dalam empat penampilan di semua kejohanan.

Disiarkan pada: October 16, 2019 @ 8:51pm
d