arena

Messi julang kasut emas kali keenam

Oleh AFP

KAPTEN Barcelona, Lionel Messi menerima Anugerah Kasut Emas buat kali keenam sebagai penjaring terbanyak dalam saingan liga di Eropah, hari ini.

Messi memenangi trofi berkenaan buat tahun ketiga berturut-turut selepas menjaringkan 36 gol, tiga melebihi pencabar terdekatnya, Kylian Mbappe dari Paris Saint-Germain.

Messi bersama anak lelaki, Thiago dan Mateo, serta diiringi isteri, Antonella Rocuzzo menerima trofi berkenaan sambil disaksikan oleh rakan sepasukan termasuk Luis Suarez dan Jordi Alba.

Messi mendedikasikan anugerah itu dengan berkata : “buat seluruh keluarga saya, rakan sepasukan yang berada di sini. Mereka adalah Luis dan Jordi, antara dua orang yang harus dipertanggungjawabkan untuk anugerah ini.”

“Tanpa pasukan saya, saya mungkin tidak memenangi anugerah ini lagi.”

Messi mengatasi dua anugerah Kasut Emas melebihi pencabar hebatnya, Cristiano Ronaldo. Luis Suarez antara sembilan pemain yang memperoleh dua anugerah. Anugerah berkenaan diwujudkan pada 1967 apabila ia dimenangi oleh Eusebio.

Disiarkan pada: October 16, 2019 @ 11:07pm
d