arena

Beregu wanita, campuran terkandas

Oleh Ferzalfie Fauzi

BEREGU wanita nombor satu negara, Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean terus buntu dalam mempamerkan prestasi terbaik apabila tumpas di pusingan kedua Terbuka Denmark, hari ini.

Selepas Terbuka China dan Korea, Mei Kuan-Meng Yean menjadi mangsa kepada wakil Thailand yang menghuni ranking ke-18 dunia, Puttita Supajirakul-Sapsiree Taerattanachai 12-21, 22-24.

Mereka akan meneruskan aksi di Eropah apabila bermain di Terbuka Perancis minggu depan dan akan berdepan Du Yue-Li Yin Hui dari China di pusingan pertama.

Turut menerima nasib sama ialah beregu campuran, Goh Soon Huat-Shevon Lai yang tumpas kepada pilihan kelapan dari Hong Kong, Tang Chun Man-Tse Ying Suet 15-21, 20-22.

Soon Huat-Shevon Lai yang menduduki ranking ke-10 dunia bakal berdepan Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong (China) di pusingan pertama Terbuka Perancis minggu depan.

Disiarkan pada: October 17, 2019 @ 8:41pm
d