arena

Bayern sedia bangkit

Oleh AFP

NIKO Kovac berkata Bayern Munich perlu membuktikan bahawa kekalahan mengejut kepada Hoffenheim hanya keletihan seketika selepas aksi Liga Juara-Juara dalam misi mereka merampas tangga teratas malam esok.

Bayern meneruskan kejayaan membelasah Tottenham 7-2 dalam aksi Liga Juara-Juara dengan kekalahan mengejut 1-2 dalam aksi Bundesliga dua minggu lalu apabila pasukan pertengahan liga Hoffenheim meraih kemenangan pertama di Allianz Arena.

Ia membolehkan Moenchengladbach mendahului liga dan Bayern jatuh ke tangga ketiga dengan lima lagi pasukan hanya dibezakan dua mata daripada tangga pertama.

Kini Kovac mahukan kemenangan di Augsburg, di mana gol Bayern bolos akibat jaringan Leon Goretzka ke gawang sendiri dan memerlukan dua jaringan Kingsley Coman untuk menang 3-2 pada Februari.

“Ada pasukan di seluruh Eropah yang mengalami masalah dengan liga masing-masing selepas perlawanan Liga Juara-Juara,” kata Kovac hari ini.

"Hoffenheim lebih baik daripada kedudukan sebenar mereka (tangga ke-12) - begitu juga dengan Augsburg (14).

“Kami sedar sukar untuk menang di sana, kami ketinggalan satu gol pada saat ke-10 di sana musim lalu.

“Saya mengharapkan perlawanan di mana kami mampu bertahan dan merebut semua peluang.”

Disiarkan pada: October 18, 2019 @ 11:12am
d