arena

Ajax dilarang jual tiket

Oleh Reuters

AJAX Amsterdam dilarang menjual tiket kepada peminat mereka untuk aksi Liga Juara-Juara di Chelsea susulan masalah dicetuskan penyokong dalam perlawanan di Valencia, kata badan induk bola sepak Eropah UEFA.

UEFA mendenda Ajax 50,000 euro (RM232.8 juta) disebabkan kelakuan penyokong mereka ketika menang 3-0 di Valencia awal bulan dan menambah 18,000 euro (RM83.8 juta) kerana ‘tindakan pasukan yang tidak senonoh’.

“Badan Kawalan, Etika dan Disiplin memutuskan bahawa AFC Ajax daripada menjual tiket kepada penyokong lawan untuk perlawanan kompetitif UEFA berikutnya,” kata UEFA dalam satu kenyataan hari ini.

Juara Belanda yang diberikan 30 hari untuk menghubungi Valencia dan menyelesaikan kerosakan yang disebabkan penyokong mereka di Stadium Mestalla, berkata dalam satu kenyataan bahawa mereka akan meminta penjelasan daripada UEFA.

Ajax, pendahulu Kumpulan H berkunjung ke Stamford Bridge pada 5 November.

UEFA juga melarang Eintracht Frankfurt daripada menjual tiket kepada penyokong mereka untuk aksi Liga Europa ke Standard Liege pada 7 November dan 28 November.

Frankfurt didakwa atas pelbagai kesalahan membabitkan masalah berkaitan penyokong selain melewatkan sepak mula ketika menang 1-0 di Vitoria Guimaraes awal bulan ini.

Disiarkan pada: October 18, 2019 @ 11:40am
d