arena

Yakin mampu kejar Liverpool

Oleh Agensi

DAVID Luiz menegaskan Arsenal mampu mengejar pendahulu Liga Perdana Inggeris Liverpool.

The Reds kini sembilan mata mengatasi Gunners dengan kelab London itu hanya kalah sekali di Anfield.

Luiz menyertai Arsenal dari Chelsea pada hari terakhir perpindahan dan menjadi pemain tetap untuk skuad Unai Emery.

“Bagi saya, jika anda memulakan sesuatu dan kami baru saja memulakan Liga Perdana Inggeris dan semua kejohanan, jika anda tidak fikir anda boleh menjuarai kejohanan, anda tidak boleh memulakan apa pun dalam hidup,” katanya.

“Saya mahu menjulang gelaran bersama Arsenal. Saya mahu menunjukkan peningkatan dan menyesuaikan diri dengan gaya permainan Arsenal sebagai kelab dan bagaimana pengurus mahu kami bermain.

“Saya fikir kami boleh lakukannya bersama-sama. Wawasan, cita-cita dan keinginan saya adalah sentiasa untuk menjulang gelaran dan di antara kelab, pemain dan jurulatih, kami mempunyai keupayaan untuk berjuang merebut gelaran.

“Saya fikir kelab ini berhak untuk menyerlah sekali lagi. Saya fikir kami bermula dengan baik dan kami hanya tewas sekali dalam Liga Perdana Inggeris.

“Saya fikir pasukan semakin menunjukkan peningkatan dan kini kami di tangga ketiga liga dan kami mahu mengakhiri musim ini berjuang merebut gelaran.”

Disiarkan pada: October 19, 2019 @ 1:55pm
d