arena

All Blacks jumpa England di separuh akhir

Oleh AFP

AARON Smith mencipta dua try ketika membantu juara bertahan, New Zealand membelasah Ireland 46-14 bagi menempah pertembungan separuh akhir Piala Dunia Ragbi dengan England di Yokohama, minggu depan.

Skuad All Blacks yang memburu gelaran Piala Dunia ketiga mencipta tiga try pertama pada babak pertama dan menambah empat lagi pada babak kedua.

Pivot Richie Mo'unga menyumbang 11 mata sekali gus melanjutkan rekod kemenangan di Piala Dunia kepada 18 perlawanan sejak tewas kepada Perancis pada suku akhir 2007.

Kemenangan itu yang ke-29 daripada 32 perlawanan menentang Ireland yang menang dua daripada tiga perlawanan terakhir tetapi kini tersingkir pada saingan suku akhir Piala Dunia buat kali ketujuh.

"Kami hanya mahu beraksi dengan baik,” kata pemain terbaik perlawanan, Beauden Barrett.

"Kami berjaya melakukannya dengan baik. Kami tahu akan pulang jika gagal melaksanakan tugas malam ini.”

Disiarkan pada: October 19, 2019 @ 9:49pm
d