arena

Dortmund beri tekanan kepada pendahulu Bundesliga

Oleh AFP

BORUSSIA Dortmund menewaskan pasukan di tangga teratas Borussia Moenchengladbach untuk melonjak di kedudukan keempat carta Bundesliga Jerman, menyamai mata dengan Bayern Munich yang terdahulu tercicir mata di Augsburg.

Saingan kedudukan teratas Bundesliga semakin sengit dengan sembilan pasukan teratas dipisahkan hanya dengan dua mata. Daripada lapan permainan minggu ini, hanya Eintracht Frankfurt dan Dortmund mencatat kemenangan.

Gladbach kekal di kedudukan teratas dengan perbezaan gol mengatasi Wolfsburg yang seri 1-1 di Leipzig. Kedua-duanya mempunyai 16 mata daripada lapan perlawanan.

Bayern, Dortmund dan RB Leipzig kesemuanya satu mata dibelakng. Kemudian empat pasukan dengan 14 mat, termasuk Freiburg, yang mungkin berada di puncak namun tewas 0-2 di Union Berlin, dan Beyer Leverkusen, yang mungkin mengambil alih tempat pertama namun tewas di Frankfurt semalam. Schalke juga mempunyai peluang untuk berada dalam kelompok teratas apabila berkunjung ke Hoffenheim awal pagi esok.

Di Dortmund, jaringan separuh masa pertama Thorgan Hazard buat tuan rumah berdepan bekas kelabnya tidak disahkan oleh VAR kerana didapati ofsaid.

Hazard melihat Marco Reus meluru pantas dengan sentuhan penyudah pada minit ke-58 yang juga merupakan jaringan tunggal perlawanan.

Walaupun satu lagi jaringan Dortmund dipadamkan oleh VAR pada minit ke 85, pasukan tuan rumah mengekalkan kedudukan itu sehingga tamat perlawanan, menambah kekuatan dengan menggunakan lima hingga enam pertahanan pada masa tambahan untuk mengakhiri perlawanan selepas mencatat tiga keputusan seri berturut-turut.

Dortmund bermula tanpa penyerang berusia 19 tahun Jadon Sancho, yang diketepikan kerana masalah disiplin.

“Jadon seorang budak yang baik, tetapi dia masih teralulu muda,” kata Pengarah Bolasepak Dortmund, Michael Zorc kepada televisyen Jerman sebelum sepak mula.

“Keputusan yang kami buat bukan mudah, namun tiada pilihan lain. Penggantungan itu hanya berkuatkuasa hari ini.”

Media Jerman melaporkan Sancho pulang lewat daripada tugas bersama England.

Disiarkan pada: October 20, 2019 @ 11:51am
d